Jumaat, 24 April 2009



Pengarah Urusan HPA
(TN HAJI ISMAIL BIN AHMAD)

HPA ADALAH "HARAPAN PALING AKHIR" BUAT UMAT INI
SELIDIKILAH LATAR BELAKANG PERJUANGAN HPAHPA INDUSTRIES SDN. BHD. Diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Telah ditubuhkan pada 1 Januari 1995, namun begitu tarikh sebenar wujudnya industri ini ialah pada 1986 atas nama Perubatan Tradisional Al-Wahida yang diusahakan secara kecil-kecilan.Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, 45 tahun pengasas HPA INDUSTRIES SDN. BHD. adalah seorang anak tani dilahirkan pada 1 Jun 1963, berasal dari Kg. Padang Siding, Mata Ayer, Perlis.Beliau mewarisi Ilmu Perubatan Herba daripada keluarganya yang mempunyai kepakaran. Haji Ahmad bin Hussain (Pak Long Hj. Ahmad) adalah bapa saudara beliau dan merupakan guru beliau pada peringkat awal.Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad telah melanjutkan pelajaran di UPM (Universiti Pertanian Malaysia) pada tahun 1982 dalam bidang Botanikal.Setelah tamat pengajian, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Padang Siding, Beliau juga merupakan Pemidato Terbaik Kementerian Pertanian Malaysia pada tahun 1993 dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.HPA INDUSTRIES SDN. BHD. di peringkat awal penghasilan produk hanya menggunakan 3 buah mesin termasuk oven pembakar kuih yang digunakan untuk mengeringkan akar kayu. Bermula dengan 4 orang pekerja sahaja bermodalkan RM3 ribu.Menjelang Julai 1995, kedudukan HPA semakin mantap dengan kemasukan 13 orang lagi graduan universiti.Dengan pelbagai kecekapan yang ada, HPA mengorak langkah ke dunia Perniagaan Jualan Langsung pada 10 Januari 1997. Bermula pada tarikh inilah HPA memasuki era Multy Level Marketing (MLM).Dan kini merupakan satu-satunya syarikat MLM Syari'ah Muslim pertama di Malaysia yang mampu bertahan melebihi satu dekad dalam dunia perniagaan MLM setakat ini dan HPA memiliki Kompleks Pentadbiran di Lot 1985, Jalan Jejawi Dalam, Arau, Perlis.Sehingga kini HPA INDUSTRIES SDN. BHD. memiliki rangkaian kilangnya sendiri di seluruh tanahair dan antarabangsa dengan penubuhan HPA Internasional akhir tahun 2007 lalu.Kini dengan aset jutaan ringgit, HPA memberi penumpuan kepada pengeluaran Makanan Kesihatan berasaskan Herba serta barangan Halal Lagi Suci untuk kegunaan harian umat Islam, HPA komited untuk mengeluarkan lebih 200 barangan kegunaan harian menjelang 2009 dengan perolehan jualan RM20 juta sebulan, Insya Allah. HPA BOLEH !!!KEKUATAN DAN KELEBIHAN HPA:
1. Syarikat Industri Herba Muslim Pertama Mendapat Anugerah GMP(Good Manufacturing Practice)
2. Diluluskan oleh Biro Pengawalan armaseutikal Kebangsaan (BPFK)
3. Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
4. Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf oleh WHO
5. Diusahakan oleh 100% Bumiputera Muslim dan Didokongi oleh Umat Islam Yang Prihatin bahawa HPA adalah Harapan Paling Akhir untuk Umat Islam dalam Bidang Ekonomi dan Barangan Halal Lagi Suci kegunaan Ummah ini.
Anugerah PM MAHA 2008

Suasana Kuliah Pekerja HPA

Kompleks Pentadbiran HPA

Antara Kilang GMP HPA

Pekerja Kilang GMP HPA


Kilang Kopi Radix

Radix Fried Chicken

Cadangan Hotel 4 Bintang Di Kota Bharu
Insya Allah...

$10 SEBAB KENAPA KITA MESTI BERSAMA HPA$

HPA, Menjadi Pilihan Kerana ...
1. Sebuah Syarikat Industri Herba Muslim 100%.
2. Pendaftaran keahlian hanya RM 30.00 (seumur hidup).
3. Mempunyai lebih 20 TAHUN pengalaman dalam Industri Perniagaan HERBA & Lebih 10 TAHUN dalam DUNIA MLM
4. Memasarkan lebih 200 PRODUK HALAL & SUCI barangan kegunaan umat Islam
5. 11 Ganjaran lumayan untuk ahli yang aktif.
6. Berlandaskan Syari'ah (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)
7. Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.
8. Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), PBKD & Kem. Kesihatan Malaysia.
9. Sebagai satu-satunya MLM Syari'ah & Memiliki 10 orang PANEL SYARIAH berkelayakan yang bertanggungjawab dalam soal HALAL & HARAM berkaitan Perniagaan HPA.
10. Memiliki "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi & Kolej Pengajian Perubatan JAWI"